Aktiviti Malam Taman Negara 2026 – Add On Night Trip Kuala Tahan
Assalamualaikum & Hi!
Kalau siang di Taman Negara penuh dengan aktiviti jungle trekking, rapid shooting, Orang Asli village dan river trip, waktu malam pula ada vibe yang lain. Lebih tenang, lebih misteri, dan lebih dekat dengan suasana hutan hujan tropika yang berusia lebih 130 juta tahun.
![]() |
| "Aktiviti Malam Taman Negara 2026 – Night Walk, River Cruise & Safari" |
Untuk tahun 2026, kami sediakan beberapa aktiviti malam Taman Negara sebagai add on trip khas untuk anda yang bermalam di sekitar Kuala Tahan, Taman Negara Pahang.
Aktiviti malam ini sesuai untuk keluarga, pasangan, group kecil, pelajar, company trip, team building, dan juga pelancong luar negara. Sebenarnya trip waktu malam ini memang sangat popular dalam kalangan foreigner, sebab mereka suka pengalaman melihat suasana hutan dan sungai pada waktu malam. Pakej Aktiviti Malam Taman Negara 20261. Night Jungle Walk – RM40 SeorangNight Jungle Walk ialah aktiviti berjalan malam di laluan hutan dengan ditemani guide. Aktiviti ini bukan hiking berat, lebih kepada pengalaman santai untuk melihat suasana hutan pada waktu malam. Biasanya peserta berpeluang melihat haiwan kecil, serangga eksotik, pokok-pokok hutan, bunyi alam semula jadi dan suasana hutan yang sangat berbeza berbanding waktu siang. Sesuai untuk: Tempoh: Lebih kurang 1 – 2 jam 2. Night River Cruise by Boat – RM70 SeorangKalau nak aktiviti malam yang lebih santai, Night River Cruise by Boat memang pilihan yang best. Anda akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling pada waktu malam sambil menikmati suasana sungai, angin malam dan bunyi alam sekitar. Aktiviti ini sesuai untuk yang tak nak berjalan dalam hutan tetapi tetap nak rasa pengalaman malam di Taman Negara. Kadang-kadang boleh nampak hidupan malam di sekitar tebing sungai, bergantung kepada keadaan cuaca dan rezeki masing-masing. Tempoh: Lebih kurang 2 jam Kalau anda datang berdua, trip masih boleh dibuat tetapi perlu confirm terlebih dahulu sama ada ada group lain yang join pada malam tersebut. 3. Night Jungle Safari by 4x4 – RM70 SeorangNight Jungle Safari by 4x4 pula sesuai untuk mereka yang nak pengalaman lebih adventurous tetapi masih santai. Anda akan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk menyaksikan suasana malam di kawasan yang hanya boleh diakses dengan kenderaan lasak. Trip ini popular sebab peserta boleh rasa pengalaman safari malam, tengok suasana hutan, kawasan sekitar dan kemungkinan melihat hidupan malam bergantung kepada keadaan semasa. Tempoh: Lebih kurang 2 jam Kalau datang 2 orang sahaja, jangan risau. Boleh hubungi kami dulu untuk semak sama ada ada trip malam yang sedang berjalan atau boleh digabungkan dengan peserta lain. Aktiviti Malam Ini Sesuai Untuk Siapa?Aktiviti malam Taman Negara ini sesuai untuk:
Yang penting, aktiviti ini bukan extreme. Ia lebih kepada pengalaman menikmati suasana malam di Taman Negara dengan guide dan team yang biasa menguruskan pelancong. Boleh Add On Dengan Pakej LainAktiviti malam ini boleh dijadikan add on kepada pakej Taman Negara lain seperti: Day Trip Taman Negara 2026 Pakej 2 Hari 1 Malam Taman Negara Pakej 3 Hari 2 Malam Taman Negara Team Building Taman Negara Nota Penting Sebelum BookingUntuk Night River Cruise dan Night Safari 4x4, minimum peserta biasanya 4 orang untuk buka trip. Kalau anda datang berdua atau group kecil, boleh WhatsApp kami dahulu. Kami akan bantu semak slot, trip sedia ada, atau kemungkinan gabung dengan group lain. Aktiviti juga bergantung kepada keadaan cuaca, paras air sungai dan keselamatan semasa. Tempahan Aktiviti Malam Taman Negara 2026Kalau korang dah ada booking hotel, chalet atau pakej siang di Taman Negara dan nak tambah aktiviti malam, boleh terus hubungi kami. Contact / Booking: #AktivitiMalamTamanNegara #TamanNegara2026 #NightJungleWalk #NightRiverCruise #NightSafariTamanNegara #TamanNegaraPahang #KualaTahan #PakejTamanNegara #DayTripTamanNegara #VisitMalaysia2026 #CutiMalaysia #JomKeTamanNegara |
.png)
No comments:
Post a Comment